
Merupakan seorang professional yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pengacaraan dan ‘content creation’ . Zack juga merupakan hos untuk program Borak Kopitiam (TV3), Sembang Sahur (TV3), CJWowshop (TV3,TV9). Selain itu, beliau juga berpengalaman menjadi juruhebah radio untuk radio terkemuka Malaysia (HotFM & Zayan). Sehingga kini, masih aktif mengendalikan program-program korporat, hiburan, majlis perkahwinan dan pelbagai lagi.
Pernah tercalon bagi kategori Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-21 bersama kumpulan TIGA. Zack juga pernah turut bersama Azlan & The Typewriters di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 dan mendapat tempat kedua. Berada di pentas dari skala kecil hingga besar menjadi satu perkara yang tidak asing lagi. Beliau juga aktif menulis dan membuat lagu untuk penyanyi-penyanyi di Malaysia, seperti Sarah Suhairi, Luqman Faiz, Ariff Bahran, Fieya Julia dan ramai lagi. Lagu yang ditulis Zack juga diambil untuk beberapa buah drama di kaca TV.
Zack Merican merupakan salah seorang pemegang Silver Play Button dari Youtube kerana telah mencecah lebih 100K Subscribers. Zack percaya bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan sikap yang betul, berdisiplin dan “consistency”. Sikap itu membolehkannya diiktiraf sebagai YouTuber Malaysia yang sedang meningkat naik pada tahun 2017 oleh OhBulan! dan telah menjadi salah seorang tetamu dalam program 'Motif Viral' Astro. Beliau turut menjadi panel untuk sidang akhbar yang dianjurkan oleh Google Malaysia dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau tentang ‘Digital Content Creation’ kepada media dan para tetamu yang hadir. Beliau turut diiktiraf oleh The New Straits Times sebagai salah seorang ‘Uprising Digital Superstars’ pada 2 April 2018.
